Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd. (UMHSB)

Laman Web ini bertujuan untuk dijadikan medium interaksi di antara UMHSB dengan pemegang taruhnya (stakeholder) yang terdiri daripada Lembaga Pengarah Universiti, anak-anak syarikat kumpulan, serta masyarakat luar di dalam menyalurkan maklumat mengenai perniagaan dan perkhidmatan kami.

UMHSB pada dasarnya merupakan anak syarikat milik penuh Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada jabatan, pusat, institusi, dan syarikat dalam bidang pengurusan, pendidikan dan perdagangan.

Di dalam era globalisasi, penggunaan teknologi dan internet ternyata mampu meningkatkan lagi ruang komunikasi serta kecekapan perkhidmatan yang diperlukan. Sehubungan itu, adalah diharapkan laman web ini dapat menjadi pemangkin masyarakat seluruhnya untuk mengenali UMHSB dengan lebih dekat, dan menjadi satu wadah dan saluran penyebaran maklumat yang lebih mudah, pantas dan tepat untuk rujukan kepada semua golongan.

Akhir kata, saya mengajak pengunjung dan pengguna laman web ini agar dapat memanfaatkan segala maklumat yang ada, serta berkongsi pandangan dan maklumbalas untuk sama-sama mempertingkatkan lagi perkhidmatan UMHSB sehingga dapat merealisasikan semua objektif, misi dan visi yang telah ditetapkan, dan memenuhi harapan semua lapisan masyarakat.

Rodzi Bin Lebai Karim

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMHSB