Perkhidmatan Fasiliti Kem Sintok UUM

Ditubuhkan pada Februari 2004. Bertempat di dalam Universiti Utara Malaysia, Sintok, Bukit Kayu Hitam, Kedah. —Keluasan kawasan kem adalah 32 ekar dan keluasan kawasan latihan 2155.2 ekar.

Visi

Menjadikan kem yang terunggul dalam melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang

Misi

Memastikan setiap program latihan yang dilaksanakan cekap dan berkesan

Kemudahan Asas Kem. (SOC)

Blok Penginapan Pelatih/Jurulatih, Bilik Rehat Pelatih/Jurulatih, Pusat Perubatan, Dewan Makan, Rumah Masak, Pejabat Urusetia, Surau, Balai Pengawal, Tempat Meletak Kenderaan , Tempat Pertemuan Keluarga, Telefon Awam dan kantin untuk pelatih disediakan.

Aktiviti Sukan/Riadah.

Pelatih menggunakan kemudahan sukan di Kem PLKN Sintok UUM. Kemudahan sukan yang disediakan adalah Padang Bola, Gelanggang Takraw, Gelanggang Bola Tampar dan Gelanggang Bola Jaring.

Latihan Jati Diri, Navigasi Siang & Malam dan Kraf Hutan.

Pelaksanaan latihan ini dijalankan di kawasan hutan sedia ada sekitar kawasan UUM.
Kawasan “Field Craft Village” juga disediakan.

Modul Pembinaan Karakter, Kenegaraan, Integrasi, dan PPSB.

Latihan secara LDK diadakan di 8 buah kelas. Syarahan atau persembahan dijalankan di pentas Dewan Makan kem.

Modul Komuniti Bestari Satu Malaysia.

Program Modul Komuniti Bestari diadakan di sekitar kawasan setempat serta penempatan di Daerah Kubang Pasu. Program ini dilaksanakan dengan lancar bersama Jabatan Penerangan Jitra, Daerah Kubang Pasu.

Kembara Halangan.

Latihan Kembara Halangan menggunakan kemudahan yang disediakan Kem Sintok UUM.
Sebanyak 9 elemen disediakan oleh pihak kem.

Kemudahan Awam Berdekatan.

Pejabat Pos, Bank –Bank seperti CIMB, Bank Islam ,BSN. Balai Polis dan Klinik Kesihatan.
Tempat beribadat untuk pelatih/jurulatih Islam, Masjid di dalam UUM dan penganut agama Hindu, Buddha, Kristian serta Siam terdapat di Pekan Changlun.