KUNJUNGAN HORMAT UMHSB KE MMC CORPORATION


KUALA LUMPUR |5 Mei 2023 , Jumaat|

Delegasi daripada UMHSB telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat MMC Corporation Berhad di Kuala Lumpur.

Sekitar Majlis Kunjungan Hormat ke Pejabat Pengarah Urusan MMC Corporation Berhad, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh dengan dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UPSB, Dato’ Mazrol Nizam Abdullah, dan Ahli Lembaga Pengarah UPSB, Prof. Madya Dr. Mohd Sobri Bin Don @ A Wahab , Pengarah Urusan Kumpulan UMHSB, Encik Rodzi bin Lebai Karim dan Pengurus Besar UPSB, Encik Muhamad Nasir Bin Hussain.

Lawatan kunjungan hormat ini adalah untuk menjalin kerjasama dan berkongsi kepakaran antara MMC dan UPSB dalam bidang fasiliti management serta mencari peluang perniagaan dalam bidang pembangunan antara MMC dan UPSB.

Turut hadir Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Encik Mohamad Rafi Bin Kamis serta beberapa wakil pengurusan kanan kedua-dua syarikat.

13 Julai 2023

KORPORAT UMHSB

Categories: Latest News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *