UNITAMA Management Holdings Sendirian Berhad atau UMHSB merupakan sebuah syarikat milikan penuh Universiti Utara Malaysia (UUM). UMHSB telah ditubuhkan oleh UUM bagi mewakili universiti dalam mengendalikan aktiviti perniagaan dan perdagangan baik di peringkat tempatan dan peringkat global.
Uniutama Management Holdings Sdn Bhd (UMHSB) telah ditubuhkan pada 18 Mei 1999 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad dengan nama asalnya Uniutama Management Sdn. Bhd. (UMSB). Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) dan terdapat 6 buah anak syarikat lain turut berada di bawah seliaan UMHSB. Pada awal penubuhannya, ia mengendalikan aktiviti komersial disekitar Lembah Sintok dan Jitra, Kedah.
Berkuatkuasa pada 28 Januari 2003, syarikat ini telah ditukarkan nama kepada UNIUTAMA MANAGEMENT HOLDINGS SDN. BHD. (UMHSB) dan merupakan sebuah syarikat sendirian berhad mengikut syer oleh Ahli Lembaga Pengarah dan Universiti Utara Malaysia. UMHSB merupakan sebuah syarikat pengurusan yang didaftarkan dengan modal berbayar (Paid-up Capital) sebanyak RM38,000,000.00.
UMHSB {“type”:”block”,”srcClientIds”:[“9f24387d-f497-4c3b-bf68-924da79084b8″],”srcRootClientId”:””}menawar pelbagai perkhidmatan kepada jabatan, pusat, institusi dan syarikat dalam bidang pengurusan, pendidikan dan perdagangan. Melalui anak-anak syarikat, UMHSB memberi perkhidmatan pelancongan, perhotelan, pengurusan fasiliti, pembersihan, landskap, pembangunan perisian dan lain-lain.
Adalah menjadi hasrat syarikat untuk mempertingkatkan lagi dana pendapatan Universiti Utara Malaysia disamping menawarkan perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan kepada komuniti dalam dan luar Universiti Utara Malaysia.
6 Ogos 2023
Korporat UMHSB