Visi
Menjadi Peneraju Perniagaan Strategik di Rantau Ini
Bagi meneruskan kesinambungan pencapaian perniagaan-perniagaan yang telah diterokai dan akan diterokai, UMHSB berazam untuk terus melangkah ke hadapan untuk menjadi peneraju utama di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia.
Secara umumnya, keseluruhan bidang-bidang perniagaan yang diterokai oleh UMHSB dilihat boleh dikembangkan menjadi perniagaan-perniagaan yang boleh menyumbang dengan lebih strategik (kritikal, boleh membawa pulangan dan keuntungan yang lebih tinggi untuk satu jangkamasa yang lebih panjang) kepada organisasi. Perniagaan-perniagaan ini juga dilihat akan kekal relevan untuk satu jangkamasa yang panjang kerana pasarannya yang luas dan permintaannya yang berpanjangan.
Untuk itu, di dalam fasa pembangunan seterusnya, UMHSB akan menggandakan usaha untuk meningkatkan keupayaan pembangunan dan penghasilan produk dan perkhidmatan sedia ada dan produk dan perkhidmatan baru agar keseluruhan organisasi dapat menjadi lebih kompetitif. Di samping itu juga, UMHSB berazam untuk mengembangkan keseluruhan produk dan perkhidmatan ke pasaran-pasaran baru yang lebih dinamik dan menguntungkan selari dengan hasrat untuk menjadi organisasi regional yang mantap dan disegani.
Misi
Meningkatkan Kepuasan Pelanggan melalui Operasi yang Dinamik dan Inovatif
Organisasi yang mantap dan disegani yang merajui perniagaan-perniagaan strategik seharusnya mampu memberikan komitmen yang tinggi kepada usaha-usaha untuk menawarkan kepuasan pelanggan yang tinggi kerana tidak dapat dinafikan bahawa pelanggan-pelanggan adalah pusat (intrgrat part) kepada hasil organisasi.
Selari dengan kehendak dan keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, usaha-usaha ini seharusnya dibangunkan secara dinamik (berterusan) dan inovatif yang disokong oleh anggota organisasi, sistem dan kaedah penyampaian UMHSB, secara keseluruhannya, yang lebih cekap dan berkesan.
Objektif
Menjadi Peneraju Perniagaan Strategik di Rantau Ini Menjelang 2025
Menjadi peneraju kepada perniagaan-perniagaan yang strategik di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia ini adalah satu sasaran yang mampu dicapai jika keseluruhan sistem UMHSB dapat digabungkan dan diekploitasikan sepenuhnya dengan baik dan berkesan di dalam satu jangkamasa yang realistik.
Menuju ke arah itu, adalah menjadi hasrat anggota konglomerat UMHSB untuk menjadikan tahun 2013 sebagai sasaran pencapaian yang diharapkan sebagaimana yang didokumenkan.