Selari dengan VISI syarikat iaitu Menjadi Peneraju Perniagaan Strategik di rantau ini, Kumpulan berazam untuk terus melangkah ke hadapan untuk menjadi sebahagian dari peneraju utama di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Secara umumnya, keseluruhan  bidang-bidang perniagaan yang diterokai oleh UMHSB dilihat boleh dikembangkan menjadi perniagaan yang mempunyai nilai tambah dan boleh menyumbang dengan lebih strategik (kritikal, boleh membawa pulangan dan keuntungan yang lebih tinggi untuk satu jangkamasa yang lebih panjang) kepada organisasi. Oleh demikian orientasi perniagaan ini juga dilihat akan kekal relevan untuk satu tempoh jangkamasa yang panjang kerana pasarannya yang luas dan permintaannya yang berpanjangan.

Untuk itu, di dalam fasa pembangunan seterusnya, UMHSB akan menggandakan usaha bagi meningkatkan keupayaan pembangunan dan penghasilan produk perkhidmatan sedia ada dan produk perkhidmatan baru agar keseluruhan organisasi dapat menjadi lebih kompetitif. 

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua staf syarikat dan warga kumpulan UMHSB yang berterusan memberi komitmen dan usaha kearah pencapaian syarikat. Akhir sekali, saya amat berharap kecemerlangan ini akan berterusan dengan membudayakan amalan kerja yang terbaik, produktif dan inovatif, berprestasi serta berintegriti tinggi dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Semoga Kumpulan UMHSB akan terus menjadi rujukan dalam pelbagai bidang diperingkat kebangsaan dan antarabangsa dan berjaya mencari peluang ekonomi yang terbaru bagi menjamin kelangsungan kejayaan syarikat.

 

Suardi Bin Mohamed Zakaria

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan